Lets Pray For Gaza

" YA ALLAH, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah, Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin. Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah.. Amin "

Mar 27, 2024

Beli printed pillow di Shopee.

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah.. dah selamat sampai tempahan customer ni. Terima kasih banyak-banyak sebab pilih beli dengan kami. 

Tempahannya melalui Shopee. Saya memang selalu suggest customer membeli di shopee. Sebabnya ... shipping lebih murah . Jika ada voucher, ada diskaun harga untuk shipping malah ada voucher free shipping juga. 

Andai ada mereka yang tiada akaun shopee, boleh saja whatsapp kami untuk pembelian. Bayaran untuk pengeposan 500gm ke bawah adalah RM8 bagi Semenanjug Malaysia.

Customer ini pilih bantal bersaiz A4 , cetakan depan belakang.  Sebut tentang saiz, memang selalu memeningkan kepala. Ada juga yang tanya besar mana saiz A4? Bila diberi ukuran , minta pula gambar contoh nak tengok besar mana. Susah juga nak anggarkan saiz dengan hanya melihat gambar. Yang baiknya, ambillah pembaris atau tape pengukur. Hal saiz ini memang akan selalu begini ceritanya ..sejak dari awal lagi..dari mula-mula berniaga. Sejak azali lah begitu 😂 .. 

Design kali ini customer sudah bagi yang siap edit..dia cuma minta tambahkan tulisan happy birthday itu sahaja.  Alhamdulillah..tak perlu dah nak buat design dan saiznya pun betul. Selalu juga dapat design yang tak tepat. Contohnya customer beli bantal saiz A4 tapi diberinya design petak. Kalau saya rajin nak layan, saya minta dia edit semula, bagi saiz itu ini..apps itu ini.. tapi kalau malas, saya minta sahaja gambar raw dan saya buatkan beberapa pilihan untuk customer pilih. Syaratnya 3 kali edit sahaja. Lepas 3 kali kalau nak edit? Haa.. kena bayarlah upah design . 

Ada 2 pilihan, samada nak print bahagian depan sahaja atau kedua-duanya sekali, depan dan belakang. Gambar boleh aje gambar yang berlainan. Mahu gambar yang sama juga no problem

Material kain , kami guna kain yellow line. Yang orang buat uniform misi-misi tu. Print menggunakan  sublimation ink dan teknik heat press. Jadi warna serap kedalam kain dan boleh di basuh. InsyaAllah tidak luntur warnanya.



 Baiklah.. jika ada yang berminat dengan bantal printed ni boleh singgah shopee. Ada beberapa saiz lain yang boleh uall pilih. Klik pada kategori bantal atau boleh juga scroll produk . Boleh juga taip di ruangan search. 

Saya sertakan disini link untuk bantal saiz A4 ini. klik sini .. A4 pillow. 



Wassalam.

Mar 26, 2024

Tak Boleh Komen Di Blog

Assalamualaikum.. hi..

Selepas sahur pagi tadi ambil mood blogging dengan blog walk. Kemudian nak try koment dekat post blogger tapi tak lepas. Google minta log in ..padahal dah log in. Asik keluar error aje. . lebih parah nak komen di blog sendiri pun tak lepas . Spoil terus mood kan hahaha..

So kita meng - google lah cari solution.. setelah kesana ke sini ..kita jumpa blog satu ni.. aa..memang seperti yang ku agak dah masalah nya. Tapi tak jumpa cari cara nak betulkan. Alhamdulillah terima kasih banyak atas perkongsian. Dah settled masalahnya ..

Masalahnya apa?? U kena allow third party cookies. aiseh..kan kita selalu block cookies-cookies ni. 


klik titik 3 tu, scroll bawah sikit cari setting. Pastu tekan help dan taip cookies pada ruangan search. Klik button allow third party cookies.

Untuk lebih details saya nak kongsikan blog yang saya jumpa semasa cari solution ni. Uall boleh singgah SINI. Semoga bermanfaat.

Wassalam.